Program Profiling Anjuran Pejabat Perkeso Negeri Johor

24 Jun 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Jun 2024, pihak pengurusan NADI Kampung Semanggar Dalam bersama Pejabat PERKESO Negeri Johor telah mengadakan Program Profiling yang bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 3.00 petang. Program ini diadakan bagi membantu mereka yang bakal bergraduat, lepasan SPM dan STPM yang ingin menceburkan diri dalam bidang pekerjaan serta alumni yang sedang mencari pekerjaan yang bersesuaian.

Program ini telah dikendalikan oleh staf Pejabat PERKESO Negeri Johor, Cik Shasviny dengan bantuan staf NADI Kg.Semanggar Dalam. Pelbagai bantuan perkhidmatan telah disediakan seperti Pendaftaran Portal MyfutureJobs, Bimbingan Kerjaya, Klinik Resume, dan Bantuan Padanan Kerajaan.

Pada akhir program, semua peserta telah memberikan respon positif terhadap program yang dijalankan dan berharap program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali